Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nelayan trauma, cedera disambar Sang Bedal
  • WILAYAH

Nelayan trauma, cedera disambar Sang Bedal

Utusan Sarawak 2 months ago
MALANG TIDAK BERBAU… Hasnan Limon mengalami kecederaan di paha kiri susulan diserang buaya di Kampung Mengatai, malam tadi.

LIMBANG: Seorang nelayan berdepan detik cemas ekoran diserang Sang Bedal ketika memancing ikan di tebing sungai di Kampung Mengatai, malam tadi.

Mangsa, Hasnan Limon, 45, mengalami kecederaan di bahagian paha kiri dalam insiden yang berlaku 11.00 malam berkenaan.

Adik mangsa, Radimah Limon, 37, memberitahu bahawa ketika kejadian, abangnya memancing di atas sebatang kayu di tebing sungai seorang diri.

“Ketika menurunkan kailnya, tiba-tiba buaya bersaiz agak besar menyambar paha kiri abang saya.

“Terkejut dengan kejadian itu, abang saya segera menelefon rakannya untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada media hari ini.

Abangnya kini sedang dirawat di rumah.

Menurutnya, abangnya kini masih trauma sejak insiden hitam yang pertama kali dialaminya sejak bergelar nelayan.

OLEH ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Ramadan meriah menerusi program anjuran bersama
Next: Teruja masa operasi sempadan dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.