Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • National Geographic Learning perluas kerjasama pendidikan hijau, STEM di Sarawak
  • SEMASA

National Geographic Learning perluas kerjasama pendidikan hijau, STEM di Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat delegasi National Geographic Learning yang diketuai Pengarah Kanan Asia National Geographic Learning, Michael Cahill di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat delegasi National Geographic Learning yang diketuai Pengarah Kanan Asia National Geographic Learning, Michael Cahill di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan kerjasama dalam memperkukuh inisiatif pendidikan hijau, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kesedaran terhadap perubahan iklim di Sarawak.

Menurut Michael Cahill, pertemuan itu turut memfokuskan usaha memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan, inovasi dan pembangunan lestari.

Beliau berkata, National Geographic Learning kini bekerjasama dengan komuniti pendidikan di seluruh Sarawak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perubahan iklim, kesejahteraan serta pendidikan hijau.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat delegasi National Geographic Learning yang diketuai Pengarah Kanan Asia National Geographic Learning, Michael Cahill di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto Jabatan Penerangan

“Misi kami adalah membawa dunia ke bilik darjah, rumah dan komuniti di seluruh Sarawak serta membawa Sarawak ke pentas dunia,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat tersebut.

Tambah beliau, pihaknya turut menjemput Premier Sarawak untuk melawat pusat National Geographic Learning di Amerika Syarikat dan China bagi berkongsi kisah kejayaan Sarawak dalam pembangunan hijau dan pendidikan kepada masyarakat antarabangsa.

Menurutnya lagi, National Geographic Learning telah melaksanakan program pendidikan di Sarawak sejak 2018 melibatkan sekolah awam dan institusi pendidikan dengan penekanan terhadap STEM serta teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pertemuan itu juga menjadi platform untuk menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak atas sokongan yang diberikan selain membincangkan potensi memperluaskan program STEM dan teknologi di negeri ini.

Dalam pada itu, Premier Sarawak menyambut baik usaha berkenaan dan menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dalam menjadikan Sarawak negeri yang lebih baik untuk generasi akan datang melalui pembangunan hijau dan pendidikan berkualiti.

Sarawak kini diiktiraf sebagai rakan pendidikan hijau UNESCO di Paris selain disenaraikan sebagai antara anggota STEM melibatkan 99 negara di dunia.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kenamaan lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak nilai potensi laluan penerbangan antarabangsa terus ke Miri
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Arkib Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.