Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak nilai potensi laluan penerbangan antarabangsa terus ke Miri
  • SEMASA

DUN: Sarawak nilai potensi laluan penerbangan antarabangsa terus ke Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
AIRBORNEO turut menilai peluang bagi laluan antarabangsa terus ke Sarawak termasuk Miri, khususnya melibatkan negara ASEAN dan pasaran serantau berhampiran.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak meneruskan usaha memperkukuh hubungan udara antarabangsa termasuk menilai potensi penerbangan antarabangsa terus ke Miri.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr. Jerip Susil, kerajaan negeri sedang mengadakan libat urus bersama syarikat penerbangan dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan agensi berkaitan.

“Usaha ini bertujuan menggalakkan penerokaan laluan antarabangsa baharu ke Sarawak termasuk Miri berdasarkan permintaan pasaran dan daya maju komersial.

“AirBorneo turut menilai peluang bagi laluan antarabangsa terus ke Sarawak termasuk Miri, khususnya melibatkan negara ASEAN dan pasaran serantau berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adam Yii Siew Sang (GPS-Pujut) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN hari ini.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata insentif kepada syarikat penerbangan disediakan melalui kerjasama MAHB, Pelancongan Malaysia dan STB.

Katanya, antara insentif ditawarkan ialah rebat caj lapangan terbang, bantuan pemasaran dan promosi bersama serta langkah pemudah cara lain bagi menggalakkan pembukaan laluan antarabangsa baharu.

Dalam pada itu, beliau berkata AirBorneo juga sedang menilai laluan komersial melibatkan Miri sebagai sebahagian daripada perancangan rangkaiannya.

“Tumpuan diberikan kepada hubungan antara Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bagi meningkatkan aksesibiliti dan integrasi ekonomi di Sarawak.

“Bergantung kepada ketersediaan pesawat dan daya maju komersial, laluan ini dijangka mula beroperasi mulai suku ketiga 2027,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ICW Borneo 2026 pacu industri pembinaan Sabah dan Sarawak
Next: National Geographic Learning perluas kerjasama pendidikan hijau, STEM di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.