LOS ANGLES: Terdapat beberapa laporan sebelum ini yang menyatakan adanya tulang seperti paha manusia kelihatan di planet Marikh.
Menurut portal berita Metro.co.uk pada 14 Jun lalu, sebuah kenderaan Agensi Pentadbiran Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS), Curiosity yang meninjau planet itu berjaya merakamkan gambar seperti seketul tulang paha manusia pada 14 Ogos 2014.
Penemuan itu menyebabkan tersebarnya kenyataan bahawa gambar tersebut menjadi bukti bahawa terdapat makhluk yang pernah berjalan di Marikh.
Bagaimanapun portal berita Express pula melaporan NASA sebagai berkata: “Tiada tulang mengenainya (tulang paha manusia). Dilihat oleh kenderaan peninjau dengan menggunakan MastCam, tulang batu itu mungkin kelihatan seperti paha manusia.
“Anggota-anggota pasukan misi sains berpendapat bentuknya kelihatan seperti terhakis oleh hakisan sama ada oleh angin atau air.”
Kenyataan itu dibuat oleh seorang jurucakap NASA melalui sebuah blog.
“Jika kehidupan wujud di Marikh, para saintis menjangkakan ia akan menjadi bentuk kehidupan yang kecil dan ringkas dikenali sebagai mikrob.
“Marikh tidak pernah mengandungi oksigen dalam atmosferanya dan di mana-mana ruang bagi menyokong organisma yang lebih kompleks.
“Justeru itu, fosil yang besar adalah tidak mungkin (wujud).” –AFP