Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nanta pantau projek pembinaan semula bahagian ruai di Rumah Kiong
  • Tengah
  • WILAYAH

Nanta pantau projek pembinaan semula bahagian ruai di Rumah Kiong

Utusan Sarawak 1 month ago
TURUN PADANG… Dato Srii Alecander Nanta Linggi semasa meninjau keadaan tanah runtuh di Rumah Kiong, Sungai Anggau hari ini. Foto FB Alexander Nanta Linggi

KAPIT: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Rumah Kiong di Sungai Anggau di sini, bagi meninjau projek pembinaan semula bahagian ruai rumah panjang yang terjejas akibat kejadian tanah susur.

Menurut Nanta, projek itu melibatkan pembinaan semula ruai bagi tujuh pintu bilik rumah panjang tersebut, termasuk merobohkan dua pintu bilik sedia ada berikutan kerja-kerja meratakan tanah yang perlu dilaksanakan.

“Penghuni di dua pintu bilik tersebut juga perlu dipindahkan sementara bagi membolehkan kerja-kerja ini dilaksanakan dengan selamat,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, setakat ini peruntukan kewangan bagi projek berkenaan masih dalam proses perbincangan, namun beliau berharap kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan secepat mungkin.

“Tanah susur ini bukan sahaja menjejaskan struktur rumah panjang, malah turut mengancam keselamatan penghuni dan boleh berlaku tanah susur lagi pada bila-bila masa,” katanya.

Terdahulu, lima daripada 26 pintu bilik di Rumah Kiong terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku selepas hujan lebat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan kompleks baharu perkukuh kebajikan anak yatim di Sarawak
Next: Tiada pengangkutan, risau harta benda sebab mangsa banjir enggan ke PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.