Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu lapangan terbang Muan untuk hari kedua
  • GLOBAL

Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu lapangan terbang Muan untuk hari kedua

Utusan Sarawak 4 months ago

MUAN (Korea Selatan): Polis Korea Selatan telah menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat lapangan terbang di barat daya Korea Selatan awal pagi Jumaat untuk mendapatkan bahan berkaitan nahas pesawat itu.

Pada Khamis, polis turut menghantar kira-kira 30 penyiasat untuk menggeledah pejabat Jeju Air di Seoul dan pejabat Muan di Pejabat Wilayah Penerbangan Busan pada 9 pagi, sebelum operasi itu selesai pada 2 petang dan 7 malam hari yang sama.

Polis sedang mendapatkan bukti berkaitan kesahihan “localiser” lapangan terbang, dinding konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan, serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sejurus sebelum nahas berlaku.

Mereka juga sedang berusaha mendapatkan rakaman kamera pengawasan berhampiran landasan, selain rekod berkaitan operasi dan penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Waran geledah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, menurut pegawai.– BERNAMA-YONHAP

Continue Reading

Previous: Hanoi kota paling tercemar di dunia – AirVisual
Next: Pesawat Ural Airlines mendarat cemas setelah berlepasĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.