Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas pesawat global pada 2024 ragut 334 nyawa
  • GLOBAL

Nahas pesawat global pada 2024 ragut 334 nyawa

Utusan Sarawak 4 months ago

Serpihan bangkai pesawat Jeju Air ditutup dengan plastik tarpaulin. - Foto AFP

BERLIN: Seramai 334 orang terkorban dalam kemalangan penerbangan awam di seluruh dunia tahun lepas, menurut data awal daripada Persatuan Industri Trafik Udara Jerman (BDL), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kematian itu termasuk penumpang, kru pesawat dan tujuh individu di darat.

Sebagai perbandingan, hanya 80 kematian dilaporkan pada 2023, bilangan kedua terendah sejak 1970.

Statistik BDL merangkumi kemalangan yang melibatkan pesawat dengan sekurang-kurangnya 14 tempat duduk. 

Insiden pesawat yang lebih kecil dan penerbangan tentera dikecualikan daripada laporan itu.

Walaupun jumlah kematian akibat penerbangan mencatat rekod terendah pada 2017, terdapat peningkatan dalam beberapa tahun berikutnya, menurut persatuan itu.

Bagaimanapun, trend jangka panjang menunjukkan peningkatan keselamatan yang ketara. 

“Penerbangan adalah kira-kira 53 kali lebih selamat pada tahun lepas berbanding pada 1970-an,” kata Pengarah Urusan BDL, Joachim Lang.

Pada 2024, sebanyak 17 kemalangan yang melibatkan pesawat penumpang dan kargo telah disiasat, menurut persatuan itu.

Kemalangan paling dahsyat berlaku pada 29 Disember apabila sebuah pesawat Boeing 737-800 yang dikendalikan oleh Jeju Air terbabit nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan. Nahas itu mengorbankan 179 penumpang, manakala dua kru pesawat terselamat. 

Pasukan penyiasat masih berusaha untuk menentukan punca kemalangan itu.

Menurut unjuran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa PBB (ICAO), kira-kira 4.7 bilion penumpang menaiki penerbangan di seluruh dunia pada 2024, lebih 10 kali ganda purata dari tahun 1970-an apabila hanya 440 juta orang menaiki penerbangan setiap tahun. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Peningkatan suhu global cetus keadaan ekstrem dalam kitaran air global
Next: Pelancong Sepanyol maut dilibas belalai gajah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.