Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera – Gabenor Kentucky

Facebook
WhatsApp

MOSCOW:  Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville, kata Gabenor Kentucky Andy Beshear.

Pada Selasa, sebuah pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky, lapor Sputnik/Ria Novosti.

Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.

“Kami percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian dan angka itu mungkin meningkat.

“Kami juga mempunyai sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Beshear pada sidang media Selasa.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti