Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas helikopter terhempas ragut 9 nyawa
  • GLOBAL

Nahas helikopter terhempas ragut 9 nyawa

Utusan Sarawak 5 years ago

BOGOTA: Nahas helikopter tentera Colombia yang berlaku pada Isnin pagi meragut sembilan nyawa selain mencederakan enam yang lain, memetik tentera pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

“Malangnya, kami menemukan sembilan mayat anggota kami,” kata seorang jurucakap tentera.

Bangkai helikopter UH-60 Black Hawk yang membawa 17 penumpang itu ditemukan pada awal Selasa di sepanjang Sungai Inirida di tenggara Colombia.

“Di lokasi helikopter malang itu terhempas, anggota penyelamat melaporkan 17 penumpang berada dalam helikopter ketika kejadian,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

Penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan manakala misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih dijalankan.

Helikopter itu terlibat dengan operasi ketenteraan untuk membanteras kumpulan bersenjata di Guaviare sebelum terhempas. 

Bahagian penerbangan tentera telah menghantar pakar untuk menyiasat punca nahas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu pejabat PBB di New York dibuka semula
Next: Beijing mahu AS batalkan hasrat tutup Konsulat China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.