Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas helikopter MSDF: Jepun isytihar 7 kru hilang meninggal dunia
  • GLOBAL

Nahas helikopter MSDF: Jepun isytihar 7 kru hilang meninggal dunia

Utusan Sarawak 11 months ago
FOTO diperoleh dari laman web rasmi Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun menunjukkan sebuah helikopter SH-60K.

TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun hari ini mengisytiharkan kematian tujuh kru yang disenaraikan sebagai hilang sejak perlanggaran dua helikopter peronda Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) pada April, lapor Xinhua.

“Saya merasa kesal kerana kami berusaha keras mencari mereka. Saya juga berasa sedih untuk keluarga mereka,” kata Menteri Pertahanan Minoru Kihara pada sidang media, sambil menambah bahawa MSDF akan terus mencari jasad kru dan bangkai helikopter berkenaan.

Bilangan kematian akibat nahas helikopter itu meningkat kepada lapan orang, dengan hanya satu mayat berjaya ditemui setakat ini.

Dua helikopter SH-60K, masing-masing membawa empat anggota MSDF, berlanggar dan terhempas semasa latihan malam pada 20 April di perairan berhampiran Kepulauan Izu, kira-kira 600 km selatan Tokyo. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Toyota, Mazda hentikan pengeluaran 5 model berikutan penemuan penipuan ujian persijilan
Next: Majlis Keselamatan PBB lulus resolusi sokong cadangan gencatan senjata AS di Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.