NADMA serah bantuan melalui JKM

Facebook
WhatsApp

LAWAS: Penghantaran barang makanan daripada  Agensi  Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan  Kementerian Kewangan kepada penduduk yang layak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Lawas telah dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas.

Seramai 10 anggota bomba terlibat dalam proses penghantaran menggunakan  dua buah kenderaan iaitu lori dan pikap untuk melaksanakan khidmat menghantar bekalan makanan ke 12  lokasi di Jalan Punang.

Bantuan ini mula diedarkan pada Jumaat lalu bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Pada masa yang sama, masyarakat setempat wajar memahami bahawa bantuan ini adalah berbeza dengan bantuan melalui Pusat Khidmat Parti PBB Cawangan Bukit Sari yang mana turut melakukan penghantaran bantuan makanan bagi masa PKP pertama dan kedua untuk seluruh penduduk Lawas. Manakala bantuan yang disalurkan melalui JKM daripada NADMA adalah untuk golongan sasar yang telah dikenal pasti dan berada dalam senarai JKM Bahagian Limbang.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang