Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MyPay sepadukan perkhidmatan secara digital
  • BISNES

MyPay sepadukan perkhidmatan secara digital

Utusan Sarawak 5 years ago
BAHAGIAN Pemasaran Mypay, Najwa Rosman menunjuk aplikasi Mypay selepas Majlis Pelancaran Pembiayaan dan Pembayaran Digital & e-Dompet My Pay di Rumah Tangsi semalam.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan e-pembayaran, MyPay, yang dilancarkan hari ini akan menyepadukan perkhidmatan kerajaan ke dalam satu platform yang merangkumi maklumat, perkhidmatan dan pembayaran bagi membolehkan orang ramai mengakses lebih 300 agensi kerajaan di hujung jari mereka. 

Pengarah Eksekutif DAPAT Vista (M) Sdn Bhd Sabri Rahman berkata MyPay merupakan platform yang mesra pengguna yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta mempunyai sistem keselamatan yang kukuh untuk menyimpan maklumat dengan selamat.

“MyPay adalah produk DAPAT Vista yang mempermudah kehidupan rakyat Malaysia untuk mengakses, menyemak dan menggunakan data bagi membuat pembayaran secara digital. Kami bersyukur kerana kerajaan telah memberi peluang kepada kami tanpa sebarang halangan untuk mengakses data 32 juta rakyat Malaysia.

“Data itu diperoleh dengan kebenaran pemilik data individu menerusi elektronik Know Your Customer dan kerjasama dengan bank-bank dan lain-lain,” katanya selepas pelancaran Pembiayaan Digital MyPay dan Pembayaran e-Dompet, di sini, semalam.

MyPay adalah kerjasama antara DAPAT Vista, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan Fass Payment Solutions Sdn Bhd.

Inisiatif digital itu bertujuan untuk meluaskan penggunaan MyPay bagi pembayaran pinjaman dan pelaburan oleh PTPTN, serta pembiayaan digital menerusi usaha sama dengan BIMB dan penyepaduan dengan e-dompet.

Kerjasama itu akan meningkatkan penggunaan e-dompet dan menyokong kemudahan pembiayaan dalam talian. 

Pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan disaksikan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lee Yow Chor dilantik pengerusi MPOA
Next: Eksport khinzir berpotensi ditingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.