Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MY Team julang Piala Antidadah Mukah 2020
  • SUKAN

MY Team julang Piala Antidadah Mukah 2020

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Felynora dan Royston menyampaikan trofi kepada wakil pasukan My Team pada pertandingan akhir Futsal Tertutup Piala Skuad Antidadah Mukah 2020.

SEPERTI dijangka  MY Team telah muncul juara  dalam perlawanan akhir futsalPiala Skuad  Antidadah Mukah 2020

yang berlangsung di Stadium Tertutup Kementerian Belia Sukan Mukah baru-baru ini.

Dengan kemenangan tersebut mereka membawa pulang piala pusingan, piala iringan,  medal,  sijil dan sebuah hamper.

Naib juara milik  Sesuka Ft sekali gus berjaya membawa balik piala iringan, medal, sijil dan hamper.

Mankala,  Akademi Setia Raja Mukah meraih tempat ketiga dan berpuas hati dengan piala iringan, medal, sijil  dan hamper.

Pertandingan futsal bertemakan ‘Stay Safe, Stay Away From Drugs’ it, juga menyaksikan Petanak Unknown Ft yang menduduki tempat keempat, mendapat siji dan hamper.

Selain itu, pengajur turut menyediakan hadiah saguhati berupa  siji dan hamper kepada Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Skuad Antidadah Mukah, The Family FT dan The Family FC.

Hadiah kepada pemenang tdisampaikan oleh Pegawai  Agensi Anti Dadah Kebangsann(AADK) Daerah Mukah, Felynora Joseph Na.

Acara berkenaan adalah anjuran bersama AADK Mukah,  Pertubuhan Belia Parlimen Mukah(PBPM), Skuad Antidadah Mukah dan Mukah Youth Volunteers

Turut hadir Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Mukah  Royston Valentine, Jurulatih Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah  Aubrey Sherod dan Jurulatih Penjaga Gawang Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah  Henry Anyie.

Menurut Royston,  kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat AADK Daerah bersama Skuad Antidadah Mukah.

“Pada tahun ini Pertubuhan Belia Parlimen Mukah telah bekerjasama dalam menjayakan penganjurannya.  Perlawanan diadakan secara tertutup atas sebab pematuhan prosedur standrad operasi (SOP) yang telah ditetapkan untuk penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan( PKPP) ini,” tambahnya.

Sebanyak   lapan pasukan jemputan turut serta termasuk Pasukan Sesuka FT yang merupakan penyandang Juara bagi penganjuran edisi yang lepas.

Oleh HENRY SIYU

Continue Reading

Previous: Aksi persahabatan erat silaturahim
Next: 100 sertai Karnival Sukan SABERKAS Repok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.