Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Muzium di Sarawak bakal dinaik taraf
  • TEMPATAN

Muzium di Sarawak bakal dinaik taraf

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Majlis Makan Malam Penghargaan Jabatan Muzium Sarawak (JMS) di sebuah hotel terkemuka, malam kelmarin.

KUCHING: Setiap muzium di Sarawak akan dinaik taraf bagi mengekalkan warisan yang terdapat di dalamnya.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, warisan adalah satu perkara yang perlu dipelihara kerana ia bersangkutan dengan sejarah, kebudayaan dan bangsa setiap kaum di Sarawak.

“Muzium mesti dijaga sebaiknya. Tanpa muzium, anak cucu kita tidak akan tahu latar belakang sejarah yang wujud antara kaum di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Jabatan Muzium Sarawak (JMS) di sebuah hotel terkemuka, malam kelmarin.

Abdul Karim memberitahu, Kampus Muzium Sarawak yang baharu akan dirasmikan pada bulan April 2021.

“Muzium baharu ini nanti akan menjadi muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.

“Walaupun kita sudah ada muzium baharu namun muzium lama tidak akan diabaikan malah ia akan dinaik taraf bagi mengekalkan sejarah yang ada di dalamnya,” ujarnya.

Beliau turut menasihati setiap kakitangan JMS agar sentiasa bersemangat ketika menjalankan tugas oleh kerana muzium baharu bakal menerima lebih ramai pelawat dalam satu masa.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Maharizan ikut jejak langkah Chee Kadir
Next: Keselamatan rakyat diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.