Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Musang King: Ahli Parlimen Raub ditahan
  • NASIONAL

Musang King: Ahli Parlimen Raub ditahan

Utusan Sarawak 1 month ago

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui. - Foto ihsan laman sesawang Parlimen Malaysia

KUANTAN: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA) Wilson Chang ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, Chow yang juga Penasihat SAMKA dan Chang hadir ke IPD Raub pada jam 4 petang tadi untuk dirakam keterangan.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.

Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bekas KP MSN Mazlan Ahmad meninggal dunia
Next: Tun Abdullah meninggal dunia 7.10 malam ini – Khairy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.