Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Musa tidak dapat masuk Istana Negeri
  • NASIONAL

Musa tidak dapat masuk Istana Negeri

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 30 Julai -- Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama seramai 32 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada sidang media khas di kediamannya di Luyang hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA…Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama seramai 32 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada sidang media khas di kediamannya di Luyang semalam.• Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Konvoi hampir 10 buah kenderaan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan rombongan ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin tidak dapat meneruskan perjalanan selepas laluan ke istana di Bulatan Nanas itu ditutup pihak berkuasa.

Konvoi yang dipercayai membawa 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Musa berkenaan tiba di laluan masuk ke istana itu kira-kira jam 3.50 petang. 

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad kelihatan keluar daripada salah satu kenderaan konvoi 33 ADUN yang sudah membuat akuan sumpah untuk menyokong Musa bagi membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti politik, untuk menemui anggota pihak berkuasa.

Meskipun hujan ketika ini, kenderaan membawa rombongan Musa itu dilihat masih beratur di kawasan tersebut, dan difahamkan pihak istana belum memberi kebenaran masuk.

Suasana di pintu masuk terkawal dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji turut kelihatan memantau keselamatan di situ.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun, Musa ketika mengulas perkembangan terbaharu itu berpendapat pembubaran DUN Sabah adalah tidak perlu, membuang masa dan wang selain memudaratkan nyawa rakyat ketika negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Musa yang mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 33 ADUN daripada 65 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu tanpa perlu melalui pilihan raya lagi, berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Najib selesai bayar jamin tambahan RM1 juta
Next: Muhyiddin tunai solat Aidiladha dalam kebiasaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.