Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Murid 12 tahun hilang selepas larikan diri dari sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Murid 12 tahun hilang selepas larikan diri dari sekolah

Utusan Sarawak 3 hours ago
LAW Ching Sing dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari kawasan sekolah pagi tadi. Foto: IPD Sri Aman.

SIMANGGANG: Seorang murid lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, sekitar 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam menegaskan bahawa pihak sekolah telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejurus kehilangan itu disedari.

Menurut beliau, murid berkenaan dikenali sebagai Law Ching Sing dan berada di bawah jagaan JKM serta sepatutnya hadir ke sekolah bagi proses pendaftaran kemasukan baharu.

“Guru sekolah telah mengesahkan kejadian ini kepada pihak JKM yang hadir ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kehilangan murid terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan itu, pihak JKM telah membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan segera diambil dalam usaha mengesan keberadaan kanak-kanak tersebut.

Tambah Superintenden Dennis, operasi pencarian kini sedang giat dijalankan dengan kerjasama pihak polis, pihak sekolah serta komuniti setempat bagi memastikan murid berkenaan dapat ditemui dengan selamat.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Suzy menerusi talian 083-322035 atau 011-1403 7375 bagi membantu mempercepatkan usaha pencarian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 35 kenderaan dikesan langgar peraturan dalam Ops Lebih Muatan di Bintulu
Next: Bomba bantu keluarkan mangsa sakit dari hutan bakau di Tanjung Bako

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.