Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
  • JENAYAH

Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R

Utusan Sarawak 9 months ago
BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di sini hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini. FotoBERNAMA

GUA MUSANG: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di sini hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Ketibaan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 8.43 pagi, diiringi beberapa pemimpin tertinggi PN antaranya Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, sistem e-Filing Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9.00 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin akan didakwa  mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Sebelum ini, tular melalui media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan  
Next: Insiden Jalan Masjid India: Operasi SAR mangsa tanah jerlus bersambung pagi ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.