Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales tahun lepas
  • GLOBAL

Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales tahun lepas

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

LONDON: Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lepas, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS, semalam.

Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.

Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.

Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022. – Bernama – AA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: ADNOC meterai perjanjian jual beli 15 tahun, 1 MTPA dengan Petronas untuk Projek LNG Ruwais
Next: Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.