KUCHING: Muhammad Haziq Hamzah menjuarai acara Maraton Kuching 2024 untuk kali kedua bagi kategori lelaki 42 kilometer (km).
Dia berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000.
Kira-kira 10,600 peserta mengambil bahagian dari pelbagai negara termasuk Semenanjung Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini.
Maraton Kuching edisi kali ini menampilkan larian 10km, 21km dan 42km bagi kategori lelaki dan perempuan.
Muhammad Haziq ketika ditemui berkata dia cuma mengambil masa tiga minggu untuk berlatih sebagai persediaan.
“Tiga minggu lepas saya menyertai acara Maraton Kuala Lumpur, jadi tak cukup masa untuk latihan bagi Maraton Kuching.
“Saya rasa latihan dan disiplin kena konsisten kerana ini benda yang paling saya utamakan kerana latihan ambil masa yang lama, boleh jadi berbulan atau bertahun”
“Semua orang boleh berlari tetapi bolehkah kita konsisten. Ini perkara penting memang kena terus berlatih barulah kita dapat menuaikan hasil,” katanya.
Beliau berkata, Maraton Kuching merupakan acara larian terbesar yang pernah disertainya.
Muhammad Haziq turut memuji pengajuran maraton di Kuching ini kerana keadaan jalan raya yang rata memudahkan peserta untuk berlari
Oleh Noor Ikmal