Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MSN kenal pasti atlet muda berpotensi wakili Limbang
  • SUKAN

MSN kenal pasti atlet muda berpotensi wakili Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
CARI BAKAT… Jennifer (kiri) bersama jurulatih MSN dan Jamery (kanan) bersama atlet berbakat pada Program Cari Bakat Sukan Para Renang di Limbang.

LIMBANG: Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengenal pasti beberapa atlet muda para renang yang berpotensi dan berbakat untuk mewakili Limbang dan Sarawak ke kejohanan kebangsaan dan Kejohanan Sirkit Dua pada Ogos ini.

Setiausaha Agung Persatuan Renang Para Malaysia Jennifer Yong berkata selain bandar raya Kuching, Sibu dan Miri, Daerah Limbang turut mempunyai ramai atlet berbakat untuk diketengahkan setanding dengan atlet di bahagian lain dalam sukan para renang.

“Melalui Program Cari Bakat Sukan Para Renang, kita nampak ada beberapa atlet yang boleh beraksi di dalam air dan boleh diajar kemahiran berenang.

“Kita rasa dalam tempoh tiga hingga empat bulan ada dua atau tiga atlet yang boleh menyertai Kejohanan Sirkit Dua Kebangsan anjuran MSN Ogos ini nanti,”ujarnya kepada media ketika ditemui pada Program Cari Bakat Sukan Para Renang di Kolam Renang Limbang hari ini.

Turut sama pada program itu Jurulatih Kebangsaan MSN Malaysia Eva Wong Hie Ming, Jurulatih Persatuan Renang Para Sabah Ian Cheng Hong Min bekas Atlet Para Renang Kebangsaan Jamery Siga dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang (PPD) Farhana Clare Abdullah.

Kejohanan Sirkit Dua platform tepat kepada semua atlet muda untuk mengasah bakat dan potensi termasuk atlet-atlet dari bahagian Limbang.

“Program ini melatih pelajar jadi atlet supaya boleh mewakili Limbang dan Sarawak ke kejohanan kebangsan dan kalau dipilih MSN akan masuk program kebangsaan untuk mewakili Malaysia, selain Kejohanan Sirkit Dua,”katanya lagi.

Seramai 24 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Limbang dan Lawas menyertai program yang diadakan pertama kali di Limbang.
Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula – BAM
Next: JDT III, Selangor FC berentap pada perlawanan pembukaan Piala Presiden 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.