Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • MRSM Mukah sasar jadi Sekolah Terbaik Sarawak 2023
  • STAIL

MRSM Mukah sasar jadi Sekolah Terbaik Sarawak 2023

Utusan Sarawak 4 years ago
TESERGAM… Bangunan Pentadbiran MRSM Mukah.

Di dalam usaha untuk memberi pendidikan yang terbaik buat semua pelajarnya,  Maktab Rendah Sains MARA Mukah( MRSM Mukah) telah meletakkan sasaran untuk menjadi sekolah  terbaik di negeri ini menjelang tahun 2023.

Visi tersebut telah diluahkan oleh Pengetuanya, Zuraida Zaidi yang percaya ia boleh dicapai dengan kerjasama yang jitu dalam kalangan warga kolej,  masyarakat serta  agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Menurut beliau, adalah penting untuk membuat sasaran ini demi untuk meniup semangat para pelajar dan keseluruhan warganya, termasuk ibu bapa.

“Diharapkan keseluruhan warga MRSM Mukah, para pelajar, para guru, para staf, dan ibu bapa akan menganggap ini  sebagai  satu wawasan atau visi bersama, dan bekerjasama  ke arah merealisasikannya,”  katanya.

Selain daripada penglibatan warga MRSM katanya, beliau juga berharap mendapat sokongan daripada komuniti setempat termasuk jabatan/agensi atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang ke arah itu.

“Memang ada yang merasakan mungkin ia sesuatu yang agak ‘ bercita-cita tinggi’ namun saya secara peribadi merasa kita harus berbuat sesuatu untuk menaikkan MRSM Mukah ke tahap yang setinggi mungkin, dan saya rasa untuk menjadi ‘sekolah terbaik di Sarawak’ menjelang tahun 2023,  boleh dilakukan dengan sokongan semua pihak.  Kalau kita tak buat sekarang,  bila lagi? Saya ingin memulakannya,” ujar dia lagi.

Untuk tujuan itu, ujarnya kaedah analisa `SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)’  perlu diadakan bersama ibu bapa untuk mendapatkan cadangan dan persepsi komuniti terhadap MRSM Mukah.

“Dalam Fasa Pertama,  MRSM Mukah menyasarkan Program Akademik dan Program Kepimpinan. Banyak program akademik akan dijalankan, antaranya, pencerapan guru, kursus untuk guru dan program mentoring, dengan program kepimpinan pelajar akan dijalankan secara berperingkat,”tambahnya.

Fasa Kedua, katanya, mereka akan menyasarkan Program Pembangunan Fasiliti seperti landskap dan sebagainya.

“Dalam fasa ini, program Akademik dan kempimpinan  juga akan terus berjalan  dengan rancak seperti dirancang. Dalam masa yang sama pelajar  juga dihantar untuk mewakili MRSM Mukah dalam program-program di peringkat antarabangsa,”  tambahnya.

Sasaran untuk Fasa Ketiga pula  adalah Program Joyous Campus yang merangkumi menaik taraf asrama ke taraf lima bintang untuk keselesaan pelajar.

Justeru beliau  mengharapkan kerjasama daripada Badan Muafakat dari segi sokongan dan dana untuk menjayakan visi atau hasrat berkenaan.

Beliau juga mencadangkan pihak Badan Muafakat mengadakan lawatan ke asrama sekolah-sekolah lain seperti ke MRSM Parit dan sebagainya yang menjuruskan ke arah menceriakan dan untuk kecemerlangan  MRSM itu.

Kolej yang berada kira-kira dua kilometer dari Pusat Bandar Mukah ini kini sudah berusia sepuluh tahun, dan telah menunda Sambutan Ulang Tahun Ke-10 yang seharusnya diadakan pada tahun lepas kepada tahun ini.

Walau bagaimanapun, kelangsungannya kelak akan tergantung kepada keadaan semasa berikutan Krisis Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia kini

Sementara itu, Badan Muafakat Maktab Rendah Sains MARA Mukah (Muafakat MRSM Mukah) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang akan menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa pada bulan Mei depan ( dijangka pada 7 Mei 2021).

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Kebun nanas rezeki sampingan Awang Futera
Next: Kampung Rambai mampan membangun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.