Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPP tangkap 584 anjing liar
  • TEMPATAN

MPP tangkap 584 anjing liar

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGERUSI MPP, Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi, Datuk Ahmad Ibrahim dan Ahli Majlis serta kakitangan.

KUCHING: Sebanyak 584 ekor anjing liar ditangkap dan dihapuskan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sejak bulan Januari hingga Ogos tahun ini, kata pengerusinya Lo Khere Chiang.

Dalam satu sidang media petang kelmarin selepas selsai mesyuarat penuh MPP, Lo berkata, MPP akan terus menangkap anjing liar untuk menghapuskan wabak rabies.

Beliau berkata, masyarakat perlu diberi kesedaran supaya mereka tidak memelihara anjing dan kemudian membiarkan binatang tersebut berkeliaran dan menjadikan ia terbiar.

Lo memberitahu bahawa sebanyak 99 peratus daripada kes rabies adalah disebabkan oleh anjing dan 40 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak yang mana sejak 2017, telah terdapat 24 kes kematian akibat rabies.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengambil inisiatif untuk membendung wabak ini dengan memberi vaksin anti rabies dan melesenkan anjing peliharaan mereka.

Lo juga memberitahu bahawa kempen vaksin anjing akan diadakan pada 17 Oktober di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan menggalakkan mereka yang membela anjing supaya membawa binatang peliharaan mereka untuk diberi vaksin.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: PBB tetap kekal bersama GPS – Fadillah
Next: PBB utamakan kebajikan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.