Motosikal musnah terbakar di Jalan Mukah – Oya

Facebook
WhatsApp

MUKAH: Sebuah motosikal dilaporkan musnah dalam kebakaran berhampiran stesen minyak Jalan Mukah – Oya, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 4.14 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran motosikal terbabit.

“Komander operasi memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah motosikal, dengan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu untuk mengawal serta memadamkan kebakaran.

ANGGOTA bomba semasa memadam kebakaran motosikal di Jalan Mukah – Oya, hari ini.

“Anggaran kebakaran adalah 100 peratus dan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan,” tambahnya.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis