Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOT kaji guna kamera keselamatan jalan raya baharu dengan ciri tambahan
  • NASIONAL

MOT kaji guna kamera keselamatan jalan raya baharu dengan ciri tambahan

Utusan Sarawak 2 years ago
GAMBAR fail pada 27 Oktober lalu menunjukkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersalaman dengan Pengerusi Hornbill Skyways Sdn Bhd Tan Sri Abdul Aziz Hussain (dua, kiri) selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman di antara Kerajaan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Malaysia Aviation Group Berhad mengenai pengambilalihan saham dalam MASwings Sdn Bhd oleh Kerajaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah (dua, kanan) dan Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin (kanan). FotoBERNAMA
 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji penggunaan kamera keselamatan jalan raya baharu yang menggunakan ciri e–Plate sebagai langkah penambahbaikan dan mengurangkan risiko kemalangan di negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, ciri baharu yang terdapat di kamera itu dijangka berupaya mengesan pemandu, lesen kenderaan dan menangkap tahap kelajuan kenderaan, sekali gus memudahkan penguatkuasaan. 

“Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti dan menimbang hala tuju baharu berhubung kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)…mungkin akan ditambah kamera ini, tetapi bukan dalam bentuk yang ada sekarang (AWAS), di tempat-tempat yang baharu.

“Namun ia masih dalam kajian. Kajian kini untuk melihat siapa pengguna jalan raya yang langgar peraturan dan lesen kenderaan memandu, jadi masa hadapan akan ditambah lagi ciri lain untuk dapat menangkap (merakam) tentang kelajuan, itu kamera baharu yang akan dipasang dan ditambah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) yang ingin tahu perancangan kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Bagi menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai kos terlibat, Hasbi berkata perkara itu masih dalam peringkat penyelidikan dan kos sebenar akan diumum jika penggunaannya mendapat kelulusan pada masa akan datang.

Menjawab soalan asal Suhaimi mengenai keberkesanan kamera AWAS, Hasbi berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya di lokasi pemasangan kamera itu mencecah 99 peratus. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tandatangan digital tingkat keselamatan transaksi, jamin integriti dokumen – MCMC
Next: Dasar Sumber Manusia Negara meliputi aspek kesihatan mental – Sivakumar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.