KUCHING: Wabak Covid-19 menyebabkan Industri makanan menghadapi kesukaran dan kerugian besar untuk pertama kalinya sejak industri makanan terlibatkan selama lebih dari setengah abad, kata Penasihat Persatuan Restoran dan Tukang Masak Koo Soo Malaysia, ABS Goh Ah Seng.
Beliau berkata, industri makanan masih berjuang walaupun industri ini tidak dapat bertahan lagi.
Menurut Goh, beliau berkecimpung dalam industri makanan sejak usia 13 tahun.
Beliau telah mengumpul pengalaman selama 55 tahun dalam bidang masakan dan sudah menghadapi pelbagai cabaran serta rintangan lebih setengah abad.
“Tetapi untuk kali ini dalam sejarah merupakan satu kejutan yang besar, terutama majlis jamuan tidak dijalankan seperti biasa, menyebabkan restoran mengalami kerugian besar,” katanya.
Goh mengatakan bahawa majlis jamuan biasanya merangkumi sebanyak 50 peratus jumlah pendapatan restoran.
“Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan tidak dapat berkumpul, semua pesanan majlis jamuan terpaksa dibatalkan.
“Dalam tempoh tersebut, banyak pesanan baharu juga dibatalkan, menyebabkan industri mengalami kerugian besar,” ujarnya.
GAJI TIDAK DAPAT BERTAHAN
Beliau memberitahu, dalam isu ini, pemilik perniagaan makanan mendorong lebih banyak pelanggan menangguh tarikh jamuan, membawa balik makanan dibungkus, dan menghantar makanan untuk pelanggan dari semasa ke semasa, atau selesaikannya dengan membayar balik kepada pelanggan.
Katanya lagi, restoran perlu bergantung pada majlis jamuan untuk meningkatkan pendapatan, termasuk jamuan perkahwinan, majlis makan malam persatuan, jamuan hari jadi, dan lain-lain.
“Jika pelanggan hanya datang untuk menjamu selera, ia adalah tidak cukup untuk membayar sewa dan gaji,” kata beliau.
Berikutan Kerajaan Persekutuan membenarkan 10 orang duduk di satu meja untuk 10 orang, Goh berharap Kerajaan Sarawak membenarkan pemilik perniagaan makanan tempatan mengikutinya, dengan membenarkan 10 orang untuk semeja
dan memastikannya terdapat penjarakan sosial.
Beliau juga berharap agar kerajaan dapat mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk dilaksanakan oleh pengendali makanan.
TIADA MAKLUM BALAS
Goh mengatakan bahawa pada awal Mei, beliau telah menulis surat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, untuk membenarkan lima hingga enam orang duduk di meja besar dan akan mematuhi SOP tetapi tidak mempunyai maklum balas.
Beliau menjangkakan wabak itu akan memakan masa sekitar satu atau dua tahun baharu benar-benar mereda.
“Jika keadaan ini berterusan, saya percaya bahawa terdapat banyak pemilik perniagaan makanan sukar untuk bertahan.
“Disebabkan semua orang tidak mempunyai pendapatan selama tempoh ini, tetapi masih ada perbelanjaan tetap perlu dibayar dan industri hanya akan menderita,” ujar beliau.
Beliau mengatakan bahawa jika Kerajaan Sarawak membenarkan restoran mengadakan jamuan, kemudian beliau akan dapat menampung ruang jamuan untuk 800 orang sebagai ruang jamuan untuk 250 orang.
Tegas beliau juga, beliau akan mengikuti SOP dengan menetapkan bahawa peserta tidak boleh bersalaman, berpeluk, dan minum sulang menyulang, tetapi sejauh ini belum menerimanya arahan yang jelas menyebabkan tidak berani untuk bertindak.
“Dalam tempoh ini, pemain industri telah berubah, selain bertukar arah dengan menyediakan lebih banyak perkhidmatan pakej membawa pulang dan penghantaran makanan, ia juga menjual makanan ekonomi dan makanan berbungkus, dalam masa yang sama memudahkan pelanggan, juga membolehkan industri mendapat sumber pendapatan lain,” tambahnya.