Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mohd Chee terus terajui PBB Cawangan Kabong
  • WILAYAH

Mohd Chee terus terajui PBB Cawangan Kabong

Utusan Sarawak 5 months ago

Barisan PBB Cawangan Kabong bagi penggal 2024-2027.

KABONG: Dato Mohd Chee Kadir terus mengekalkan kepercayaan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) apabila dipilih sebagai Ketua Cawangan PBB N40 Kabong bagi penggal 2024-2027.

Dalam mesyuarat agung tiga tahun sekali PBB cawangan itu hari ini, turut menyaksikan Abdullah Sulaiman dipilih sebagai Timbalan Ketua Cawangan yang baharu selepas menewaskan Zulkhibri Jarawi.

Sementara itu, Maini Spawi menyandang jawatan Naib Ketua Cawangan selepas menewaskan Roslan Bujang.

Jawatan Ketua Pergerakan Wanita PBB pula diketuai Norain Abdullah selepas menewaskan Normah Ahmadi, manakala Loha Idi sebagai Timbalan Ketua Pergerakan Wanita selepas menewaskan Selbiah Asga.

Dalam pada itu, Abdul Rahim Peli dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan yang baharu setelah tiada pencalonan lain diterima.

Pengumuman itu dibuat oleh penyelaras mesyuarat, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fridah Osman pada mesyuarat itu petang semalam. 

Sementara itu, Mohd Chee Kadir dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada ahli-ahli parti kerana memberi beliau mandat untuk menerajui cawangan tersebut selama tiga tahun.

“Kerjasama dan sokongan padu daripada ahli-ahli parti menyumbang kepada kekuatan pentadbiran parti Cawangan Kabong.

“Terima kasih dan saya amat menghargai sumbangan yang telah anda berikan sepanjang berkhidmat dengan cawangan Kabong ini. Marilah kita berganding bahu memaju dan memantapkan jentera cawangan untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau juga turut berpesan kepada semua ahli parti agar terus memberikan sokongan padu kepada Premier Sarawak yang telah banyak membawa pembangunan di seluruh pelusuk negeri ini.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir di Bintangor
Next: Raikan sambutan perayaan kaum di sekolah semai perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.