Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mohd Azizulhasni teruja untuk berentap dengan Lavreysen di Nilai
  • SUKAN

Mohd Azizulhasni teruja untuk berentap dengan Lavreysen di Nilai

Utusan Sarawak 15 hours ago
MOHD Azizulhasni teruja untuk berentap dengan Lavreysen di Nilai. Foto Bernama

NILAI: Jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang teruja untuk berdepan jaguh Belanda Harrie Lavreysen pada saingan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional, di sini dari 24 hingga 26 April ini.

Mohd Azizulhasni berkata, beliau telah menyaksikan sendiri aksi cemerlang Lavreysen menjuarai acara keirin pada perlumbaan Siri Piala Dunia Trek di Hong Kong minggu lepas dan menjangkakan kemunculan pemenang lima pingat emas Olimpik itu akan menjadikan perlumbaan di Nilai lebih kompetitif. 

“Harrie (Lavreysen) beraksi sangat baik dalam acara keirin, dengan perlumbaan seperti itu di Hong Kong menjadikan saya lebih teruja. Harrie turut menghantar mesej dan saya ucap tahniah kepadanya. 

“Harrie kata jumpa nanti di Malaysia, dia juga pertama kali berlumba di Malaysia. Saya sendiri pun hendak berlumba dengan dia setelah sekian lama,” katanya pada sidang media Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di sini hari ini. 

Lavreysen memenangi pingat emas keirin di pusingan Piala Dunia Hong Kong yang berakhir semalam. 

Mohd Azizulhasni tidak beraksi pada perlumbaan itu bagi menumpukan perhatian pada perlumbaan di Nilai minggu ini.

Sebagai rekod, Lavreysen ialah pemenang pingat emas Kejohanan Dunia sebanyak 20 kali dan menyapu bersih pingat emas pecut individu, pecut berpasukan, keirin dan ujian masa 1 kilometer (km) di Kejohanan Dunia Santiago tahun lepas selain telah memenangi lima pingat emas Olimpik. 

Dalam pada itu, pelumba yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ itu berkata saingan di Nilai turut dijangka sengit susulan perubahan format pertandingan serta peningkatan jumlah penyertaan. 

“Memang ia akan menjadi sangat kompetitif. Dengan penyertaan yang lebih ramai, pusingan perlumbaan juga bertambah. Contohnya acara keirin kini ada tambahan pusingan, jadi kita perlu berlumba lebih banyak.

“Bagi acara pecut pula, jika menang semua saringan, jumlah perlumbaan boleh mencecah sehingga sembilan sebelum ke final. Malah pelumba hebat seperti Harrie pun boleh terjejas di separuh akhir, jadi cabarannya adalah untuk kekal kuat sehingga ke penghujung,” katanya.

Antara nama besar lain yang dijadualkan berlumba di Malaysia termasuk Matthew Richardson (Great Britain), Nicholas Paul (Trinidad dan Tobago), Ota Kaiya (Jepun) dan Leigh Hoffman (Australia), antara lain. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: UMPSA rancang perkukuh inovasi teknologi sukan untuk atlet para
Next: Muhammad Ridwan sah tidak sertai Piala Dunia 2026, alami kecederaan bahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.