Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MOF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar di Sabah, Sarawak – Fahmi
  • NASIONAL

MOF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar di Sabah, Sarawak – Fahmi

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Fahmi Fadzil berkata pelaksanaan mekanisme subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak sedang diteliti oleh MOF.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar, seumpama BUDI95, bagi Sabah dan Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu kini dalam peringkat penelitian oleh MOF sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Ini sedang diteliti untuk pelaksanaan oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya pada taklimat krisis bekalan global dan sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata cadangan untuk menyelaraskan subsidi diesel antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia masih belum dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet setakat ini.

Pada 28 Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata cadangan pelaksanaan mekanisme subsidi diesel bersasar akan dibawa untuk perbincangan bersama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebelum dilaksanakan.

Mengulas situasi pasaran bekalan global, Fahmi berkata kerajaan sentiasa memantau pergerakan harga minyak mentah dunia bagi menentukan langkah seterusnya berkaitan dasar subsidi bahan api negara, termasuk BUDI95 dan BUDI Diesel.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memaklumkan bekalan minyak mentah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berada pada tahap memuaskan bagi Mei dan Jun.

“Pada masa sama, MTEN turut memberi perhatian serius terhadap pergerakan harga global, sama ada minyak mentah atau produk petroleum seperti RON95 dan diesel, susulan perkembangan semasa berkaitan Selat Hormuz yang masih ditutup.

“Oleh itu, beberapa langkah berkaitan BUDI95 dan BUDI Diesel, termasuk BUDI Individu, sedang diselaraskan dan masih dalam penelitian. Fokus utama ketika ini adalah kestabilan bekalan serta impak harga minyak global,” katanya.

Semalam, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata senario gangguan bekalan yang berpanjangan, pemulihan bekalan minyak mentah dijangka mengambil masa antara tiga hingga 12 bulan, manakala pembaikan infrastruktur minyak dan gas yang rosak memerlukan tempoh lebih panjang.

Katanya, harga purata minyak mentah Brent (spot) di pasaran global menurun sebanyak 6.7 peratus kepada AS$109.94 setong bagi tempoh 20 hingga 24 April 2026, berbanding AS$117.84 setong pada minggu sebelumnya.

Namun, katanya perbandingan harga pada awal dan akhir minggu berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Log masuk tunggal MyJPJ guna MyDigital ID berkuat kuasa 1 Mei – KP JPJ
Next: Mesut Ozil jumpa peminat di Pulau Pinang, kongsi gemar makanan pedas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.