Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MoA, MoU dimeterai secara maya
  • TEMPATAN

MoA, MoU dimeterai secara maya

Utusan Sarawak 5 years ago
PERTUKARAN memorandum persefahaman (MoU) di antara Sudarnoto Osman dan Dato Steve Ng Thian Yew.

KUCHING: Majlis pemeteraian dan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (Mou) secara maya yang diadakan pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) adalah yang pertama kali diperkenalkan di Sarawak.

 Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dalam kenyataan media berkata, majlis menandatangani MoA dan MoU maya tersebut telah menggunakan platform ‘Cloud Conference Solution’ iaitu platform tandatangan jauh dan aplikasi persidangan digital.

SDEC melalui kerjasama dengan pihak Huawei Technologies Malaysia, memulakan menandatangani dan pemeteraian MoU dan MoA maya dengan pelbagai pihak dari semenanjung Malaysia.

 “Persidangan tersebut turut menyaksikan pemeteraian dan pertukaran pelbagai Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan beberapa syarikat.

Katanya, SDEC diwakili oleh Pengerusi, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sudarnoto Osman dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Antara syarikat dan rakan strategik kerajaan yang terlibat sama dalam pemeteraian dan pertukaran pelbagai Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut adalah Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Mynic Berhad, Xperanti Solution (M) Sdn Bhd, Merdeka Waterfront Hotel Sdn Bhd dan ARX Media Sdn Bhd.

“Sementara penandatangan dari setiap syarikat tersebut telah berkumpul di Huawei Experience Center di Kuala Lumpur.”Katanya.

Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) berkata demikian dalam kenyataan media semalam.

SDEC turut berkata, pihaknya mengambil langkah keselamatan dalam pandemik global Covid-19 yang digariskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS).

“Persidangan IDECS 2020 kali ini dibuat dengan cara hybrid di mana wakil dari setiap syarikat hanya 500 sahaja yang hadir dan manakala peserta yang lain turut terlibat sama dengan Webinar.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: SKMS bantu usahawan kecil terjejas Covid-19
Next: Kelulut jana RM60 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.