Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MNRB lantik GCEO baharu
  • BISNES

MNRB lantik GCEO baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
NOR AZMAN ZAINAL

KUALA LUMPUR: MNRB Holdings Bhd telah melantik Zaharudin Daud sebagai bakal ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO), berkuat kuasa 1 September 2020.

Mohd Din Merican, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan akan bersara pada 23 November setelah menerajui MNRB lebih daripada lapan tahun, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Pelantikan Zaharudin sebagai bakal Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah diatur oleh lembaga pengarah bagi memastikan peralihan kepimpinan yang lancar dan berjaya.

Dalam tempoh peralihan ini, beliau akan bekerjasama dengan Mohd Din dan mengambil alih jawatan presiden dan GCEO pada 23 November.

Sementara itu, MNRB turut mengumumkan pelantikan Nor Azman Zainal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Family, berkuat kuasa 1 September 2020.

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 23 tahun dalam industri insurans dan takaful.

Nor Azman pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prudential BSN Takaful dari Ogos 2017. Sebelum itu, beliau adalah Pengarah dan Ketua Pegawai Pemasaran di syarikat berkenaan.

Beliau juga pernah memegang jawatan Penolong Naib Presiden pemasaran produk di AIA Alliance Takaful.

Pengerusi Datuk Johar Che Mat berkata, ahli lembaga pengarah yakin pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh Zaharudin dan Nor Azman dalam industri ini akan dapat membantu meningkatkan pertumbuhan perniagaan MNRB pada fasa berikutnya.

“Kami berharap peralihan kepimpinan ini juga akan berjalan lancar dan seterusnya, akan menyumbang kepada perkembangan perniagaan kumpulan,” kata beliau.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia sebagai hab eksport Asia Tenggara
Next: MDEC, Mastercard meterai MoU sokong inisiatif digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.