Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MISI KEKALKAN REKOD
  • SUKAN

MISI KEKALKAN REKOD

Utusan Sarawak 4 years ago
TINGKAT KECERGASAN…Pasukan Sarawak United sedang giat menjalani latihan mereka pagi semalam sebelum berangkat ke Selayang.

PETANG ini skuad Sarawak United FC bakal turun dengan misi untuk mencatat kemenangan kelima sambil mengekalkan rekod bersih tanpa kalah apabila dijadualkan menentang Selangor FC 2 dalam saingan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, jam 4.45 petang ini.

Sarawak United, yang masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan FC, Sabtu lalu bakal menurunkan kesebelasan utama yang terbaik yang terdiri daripada Kapten, Taylor Regan, Sandro Da Silva, Lee Chang Hoon, Uche Agba, Christie Jayaselan, Tommy Mawat Bada, Mohammad Amer Saidin dan S. Chanturu.

Pengurus pasukan Sarawak United, Abang Suhordie Abang Zaini berkata jika konsistensi serta momentum kemenangan mampu dikekalkan, adalah tidak mustahil impian untuk melangkah ke Liga Super pada musim hadapan akan terlaksana.

Katanya tiada yang mustahil untuk Sarawak United yang dikendalikan oleh E. Evalarasan itu bawa pulang bersama mata penuh menentang Selangor FC 2 petang ini, jika pemainnya memberi aksi terbaik, malah mereka hanya seri sekali dan empat kemenangan dalam lima perlawanan setakat ini.

“Sarawak United mahu jadi sebuah pasukan yang sentiasa konsisten, semua orang tahu tapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Pemain kami telah memberikan aksi terbaik setakat ini, kalau mereka terus be­kerja keras keputusan yang bagus akan datang sendiri,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Haaland bayangi pemergian Aguero
Next: Tuchel rasai kekalahan pertama di EPL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.