Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Misi hidup mati Sibu FA
  • SUKAN

Misi hidup mati Sibu FA

Utusan Sarawak 3 years ago
LATIHAN… Pemain skuad Sibu FA giat menjalani sesi latihan bagi persiapan menentang Kapit FA, Sabtu ini.

SKUAD Sibu FA sedar mereka tiada pilihan selain melakar kemenangan ke atas Kapit FA dalam aksi Liga SSC-FAS pada Sabtu ini di Padang Bola Sepak Lada, jika mahu berada di dua kelompok terbaik Zon Tengah.

Ketua jurulatih Sibu FA, Omar Mayah Mohd Abun berkata, ia satu perlawanan yang cukup penting buat pasukan kendaliannya, seandainya mahu mengintai peluang mengisi dua slot terbaik ke saingan ‘Grand Finale’ di Bintulu nanti.

“Terlalu awal untuk mengatakan ini adalah perlawanan hidup mati tetapi kami tidak ada pilihan selain wajib menewaskan Kapit FA. Saya bertanggungjawab untuk membawa kemenangan buat pasukan ini dan semua pemain harus melaksanakannya.

“Selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Sarikei FA baru-baru ini, saya beritahu pemain, kita kena bangkit mendapatkan tiga mata penuh aksi minggu ini. Tetapi saya ingin jelaskan, tiada tekanan di kem Sibu FA ketika ini,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Omar Mayah bagaimanapun mengakui tugas sukar menanti pasukannya apatah lagi skuad Borneo Leorpards yang dibimbing Pendi Bohari kini memiliki motivasi tinggi setelah mengikat seri 1-1 dengan pendahulu Zon Tengah, Sri Aman FA, hujung minggu lalu.

“Pasukan Sibu tidak akan menyerah kalah dan akan berjuang berhabis-habisan perlawanan minggu ini sehingga ke wisel penamat. Kita akan beri tekanan yang hebat kepada Kapit FA.

“Saya akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik ketika seri menentang Sarikei FA tempoh hari,” ujarnya.

Jelas Omar Mayah lagi, beliau mahu pemainnya memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri dan misi untuk menang pada perlawanan itu adalah menjadi keutamaan pasukan tuan rumah.

Apa pun, beliau menjelaskan pasukannya sudah bersedia dengan segala pelan untuk memastikan pasukan mampu memberi kesukaran kepada Kapit FA dan mengharapkan mereka tidak tewas dengan mudah.

Continue Reading

Previous: Derby Milan berakhir mengecewakan
Next: Sri Aman FA tidak berdabik dada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.