Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Minyak masak bungkus jadi pilihan
  • TEMPATAN

Minyak masak bungkus jadi pilihan

Utusan Sarawak 5 years ago

HENRY B SIYU

MUKAH: Minyak masak bungkus menjadi pilihan penduduk tempatan kebelakangan ini kerana harganya lebih murah berbanding minyak masak dalam botol.

Senario  tersebut kelihatan lebih terserlah ketika ini kerana kebiasaannya permintaan akan mendadak sepanjang bulan Ramadan.

Difahamkan pihak Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekali gus menjadi salah tumpuan semasa menjalankan pemantauan barang di kedai-kedai di sini.

Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah, Salihin Din, menyatakan bahawa minyak masak paket atau bungkus mendapat sambutan yang cukup tinggi daripada pengguna.

“Memang diakui pengguna-pengguna tempatan menjadikan minyak masak bungkus sebagai pilihan, apatah lagi musim perayaan atau bulan Ramadan seperti ini,” ujarnya.

Justeru, bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi, KPDNHEP akan sentiasa memantau penjualan minyak masak bungkus.

Salihin berkata demikian  ketika ditemui setelah membuat Pemeriksaan Bersama Media Sempena Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 dan Menjelang Bulan Ramadan di sebuah kedai di bandar baharu Mukah pada Khamis lalu.

Sementara itu, pemilik sebuah kedai runcit, Tay Aik Seng, juga menganggap harga yang lebih murah mungkin membuat minyak masak bungkus menjadi rebutan orang ramai.

“Saya melihat penduduk  tempatan tak kira masa perayaan, mereka tetap memilih minyak bungkus mungkin kerana harganya lebih murah. Apatah lagi musim bulan puasa begini,” katanya.

Kedai  runcit milik bekas Kapitan Cina ini adalah antara 10 kedai di Bahagian Mukah yang  digelarkan “Dedicated Retailers-Kedai Runcit Terpilih (DDR)’ oleh  KPDNHEP.

Kedai itu juga dipilih sebagai penanda aras stok barang kawalan dan keperluan asas bagi setiap daerah.

Malah suatu ketika, kedai-kedai di bandar ini  terpaksa menghadkan penjualan minyak masak bungkus bagi seorang pelanggan.

Continue Reading

Previous: Golonan asnaf Parlimen Igan terima bantuan
Next: Ibu bapa setuju anak terkandas dibenar pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.