Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • BISNES

Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 10 months ago
PADA 8.00 pagi ini, nilai ringgit menokok ke paras 4.6700/6800 berbanding dolar AS daripada 4.6745/6790 di akhir urus niaga, semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika minat terhadap risiko kembali ketara dengan penanda aras ekuiti negara maju itu terus meningkat didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah.

Pada 8.00 pagi ini, nilai ringgit menokok ke paras 4.6700/6800 berbanding dolar AS daripada 4.6745/6790 di akhir urus niaga, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengumuman data ekonomi AS baru-baru ini, hanya mengukuhkan lagi andaian bahawa pihak Fed akan mengurangkan kadar faedah utama negara itu.

“Laporan sebelum ini menunjukkan data Jualan Runcit AS mendatar pada 0.0 peratus bagi bulan ke bulan pada Jun dengan banyak pihak menjangkakan kadar pertumbuhan pada -0.3 peratus manakala bulan sebelunya 0.3 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di sebalik perkembangan itu, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sedikit sebanyak 0.05 peratus kepada 104.239, sekali gus menunjukkan dolar AS kekal mendapat sokongan baik.

Dalam pada itu di peringkat tempatan, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9493/9560 daripada 2.9503/9534 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 6.0603/0732 daripada 6.0614/0673 sebelum ini dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0912/1021 daripada 5.0938/0987.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Prestasi ringgit meningkat semula berbanding dolar Singapura kepada 3.4747/4827 daripada 3.4783/4819, meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 288.5/289.4 daripada 288.8/289.3 sebelum ini.

Ringgit, bagaimanapun, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9683/13.0025 daripada 12.9459/9634 semalam dan mendatar berbanding peso Filipina pada 8.00/8.02 daripada 8.00/8.01 sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi kemudian rendah berikutan sentimen dagangan berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.