Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Miliki pisau badek, lelaki dipenjara lima tahun beserta satu sebatan
  • MAHKAMAH

Miliki pisau badek, lelaki dipenjara lima tahun beserta satu sebatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENJARA…Shalihin (dua kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen setelah dijatuhi hukuman bagi pertuduhan memiliki pisau badek di tempat awam.

SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lima tahun beserta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sibu hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki pisau badek di tempat awam.

Hakim Musyiri Peet yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Shalihin Mohamad Salleh, 24, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 28 Mac 2026.

Berdasarkan pertuduhan, Shalihin didakwa memiliki senjata berbahaya di tempat awam iaitu pisau badek sepanjang 35 sentimeter di Kampung Bunut, Jalan Tanjung, Mukah pada 28 Mac 2026, sekitar 9.00 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dimana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 27 Mac 2026, sekitar 11.00 malam, pengadu yang dalam perjalanan pulang ke rumah ternampak rakannya memaklumkan melihat dua lelaki, termasuk tertuduh, yang sedang mencari sesuatu di sebuah rumah kosong di Kampung Bunut.

Pengadu bersama beberapa penduduk kampung kemudian pergi ke lokasi berkenaan dan mendapati kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri ke kawasan hutan di belakang rumah kosong berkenaan.

Tidak lama selepas itu, kedua-dua lelaki terbabit keluar dan cuba menyelesaikan perkara tanpa melibatkan pihak polis.

Namun, penduduk kampung mendapati tertuduh menyembunyikan senjata tajam di bawah lengan baju sebelah kiri. Mereka kemudian menahan dan menangkap tertuduh sebelum menghubungi pihak polis.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Aliff Syukri diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Next: Lelaki didenda RM100,000 miliki 38,000 liter diesel tanpa permit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.