Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki didenda RM100,000 miliki 38,000 liter diesel tanpa permit
  • MAHKAMAH

Lelaki didenda RM100,000 miliki 38,000 liter diesel tanpa permit

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Sesyen Sibu hari ini, menjatuhi hukuman denda RM100,000 atau penjara 10 bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah memiliki 38,000 liter diesel tanpa permit atau lesen yang sah.

Tertuduh, Sii Sumping Budit, 49, yang membayar denda terbabit, terdahulu dijatuhi hukuman setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan hakim Musyiri Peet.

Sii didakwa memiliki barangan kawalan iaitu minyak diesel sebanyak 38,000 liter di sebuah gudang tidak bernombor di Jalan Tanjung Kunyit pada 16 Januari 2024, kira-kira 8.50 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1962 dan dihukum di bawah Seksyen 22(1), akta yang sama.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman debda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, sementara bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, denda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima kes serahan daripada pasukan Polis Gerakan Am (PGA), Batalion 10 Sibu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel sebanyak 38,000 liter tanpa mempunyai permit atau lesen yang sah.

Siasatan juga mendapati tertuduh tidak mempunyai permit atau lesen yang sah untuk menjual, menyimpan atau menjalankan perniagaan barang kawalan iaitu diesel.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai pendakwa KPDN Negeri Sarawak Dr Jong Jee Leong.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Miliki pisau badek, lelaki dipenjara lima tahun beserta satu sebatan
Next: Bank buat STR, ada keraguan dalam transaksi kepada Bersatu – Pegawai bank

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.