Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Microsoft mansuh 650 pekerjaan di unit permainan Xbox
  • GLOBAL

Microsoft mansuh 650 pekerjaan di unit permainan Xbox

Utusan Sarawak 8 months ago
MICROSOFT berkata, pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja. Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung kepada lokasi.

ISTANBUL: Microsoft semalam mengumumkan akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox, lapor Agensi Anadolu (AA).

Langkah itu diambil ketika syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menyasarkan untuk mengatur semula perniagaannya bagi “kejayaan jangka panjang”, menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita.

Microsoft berkata, pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja.

Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung kepada lokasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Gaming Phil Spencer berkata akan terdapat kesan kepada pasukan lain dalam syarikat itu, kerana “mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keutamaan dan menguruskan  kitaran hayat serta prestasi permainan,” menurut memo berkenaan.

Langkah ini merupakan kali ketiga Microsoft mengurangkan tenaga kerja dalam bahagian permainan selepas menyelesaikan perjanjian pemerolehan syarikat permainan video Activision Blizzard bernilai AS$69 bilion pada Oktober 2023.

Syarikat itu pada akhir Januari tahun ini mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan sembilan  peratus daripada bahagian permainan, beberapa bulan selepas perjanjian itu selesai. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kru Polaris Dawn berjaya laksana pengembaraan angkasa lepas swasta pertama
Next: Trump tidak akan sertai satu lagi debat Presiden bersama Harris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.