Mi dan nasi ‘sizzling’, rahsia hidangan panas menyelerakan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MI SIZZLING masakan Zubir Alwi yang merupakan makanan kesukaan pelanggan. Foto: Jiku Jukuong  

BETUL kata orang, makanan adalah penawar kelegaan.

Masakan mi ‘sizzling’ yang dihidang panas-panas di atas ‘hot plate’ menaikkan selera untuk makan kerana baunya sahaja sudah mengamit naluri untuk makan dan menikmati keenakannya.

Hidangan di atas pinggan tanah liat, seperti mi ‘sizzling’, selalunya disediakan oleh restoran masyarakat berbangsa Cina kerana mereka gemar masakan mi yang dimasak dan dihidang menggunakan pinggan tanah liat serta ditambah dengan sos kicap dan pelbagai bahan lain di atas hidangan tersebut. 

Resepi mi ‘sizzling’ merupakan masakan yang dihidang panas-panas di atas pinggan dan menjadi hidangan yang disukai ramai kerana rasanya yang cukup enak dan menyelerakan.

NASI SIZZLING masakan popular di restoran Zubir Alwi bekerja. Foto: Jiku Jukuong  

Tukang masak yang berpengalaman, Zubir Alwi berkongsi pengalaman beliau dalam pelbagai masakan termasuk penyediaan masakan mi dan nasi ‘sizziling’.

“Kita boleh masak mi ‘sizzling’ sendiri di rumah seperti juga masakan di restoran masyarakat berbangsa Cina kerana masakan ini menggunakan resepi yang sama dan bahan-bahannya juga mudah dicari,” katanya.

Zubir memberitahu bahawa jika tiada ‘hot plate’, kuali biasa juga boleh digunakan untuk menyediakan mi ‘sizzling’. Namun begitu, perkara yang paling penting dalam masakan ini ialah kuahnya mestilah sepadan, pekat dan melekat pada mi agar rasa dan teksturnya kekal enak serta menyelerakan.

MENYELERAKAN…Zubir Alwi berkongsi resepi masakan mi dan nasi ‘sizzling’. Foto: Jiku Jukuong 

“Walaupun tanpa ‘hot plate’ tapi rasanya tetap sama dan yang penting bahannya wajib seperti cendawan, tauhu, udang, tomato, daging, ayam dan telur,” katanya.

Menurut Zubir lingkungan 50an itu, mi ‘sizzling’ sedap dimakan panas-panas dan lebih sedap lagi dimakan bersama cili potong yang direndamkan bersama kicap cair dan perahan limau nipis.

Mi atau nasi ‘sizzling’ menurut Zubir memang sesuai dijadikan hidangan petang mahupun makan malam.

Tambahnya, penyediaan nasi ‘sizzling’ juga adalah sama seperti mi ‘sizzling’ dan mudah disediakan.

Katanya, setiap orang boleh menghasilkannya sendiri di rumah bagi mempelbagaikan menu harian tanpa perlu ke restoran atau ke kedai di pasar.

Oleh Jiku Jukuong

Aku punya pilihan

ADA satu perkara yang tidak pernah dapat dirampas daripada manusia, walau sehebat mana ujian yang datang, walau sebesar mana tekanan

Kewajiban melunaskan hutang

DOSA terbahagi kepada dua kategori, iaitu dosa terhadap Allah SWT dan dosa sesama manusia. Bagi dosa terhadap Allah SWT, seseorang