Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MetMalaysia beri amaran risiko garis badai musim Monsun Barat Daya
  • SEMASA

MetMalaysia beri amaran risiko garis badai musim Monsun Barat Daya

Utusan Sarawak 11 hours ago

GARIS badai ialah kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk barisan di laut dan bergerak ke daratan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya berada di tempat selamat sekiranya fenomena garis badai (squall line) berlaku di kawasan mereka.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan fenomena itu berpotensi membawa hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, selain disertai angin kencang, guruh, petir serta laut bergelora dan berombak.

“Garis badai ialah kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk barisan di laut sebelum bergerak ke daratan. Ia berbahaya kepada operasi penerbangan dan perkapalan serta boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kemudahan awam.

“Kebiasaannya, ia berlaku pada musim Monsun Barat Daya dan kerap melanda pada waktu pagi serta malam, khususnya di barat Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan pantai atau laut, selain berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir dijangka berlaku.

Antara tanda awal kewujudan garis badai ialah pembentukan awan jalur tebal yang menjulang tinggi dari arah laut, kelajuan angin yang meningkat secara mendadak dan menjadi langkisau (angin keras dan tidak menentu haluannya) serta penurunan suhu secara drastik.

Menurut jabatan itu, garis badai boleh mencecah panjang beratus kilometer dengan tempoh hayat sehingga beberapa jam. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: InDrive, Maxim diarah henti operasi berkuat kuasa 24 Julai
Next: Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden PKR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.