Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras – Syed Abu Hussin
  • NASIONAL

Mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras – Syed Abu Hussin

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu untuk bermesyuarat setiap minggu sehingga 20 Mac bagi mencari penyelesaian isu padi dan beras.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024, semalam.

“Pada mesyuarat tadi, kita tidak ada ketentuan mengenai penyelesaian isu padi dan beras ini, kita perlu membuat kajian yang lebih mendalam,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi. 

Beliau berkata Perdana Menteri juga meminta bahagian penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pemain industri yang terlibat dalam melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI).

Terdahulu, Anwar dalam kenyataan telah meminta KPKM untuk mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin. – Bernama

Continue Reading

Previous: RM599 harga maksimum tiket ke Sabah, Sarawak, Labuan sempena Aidilfitri – Loke
Next: Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.