Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi dinobat Pemain Paling Bernilai MLS
  • SUKAN

Messi dinobat Pemain Paling Bernilai MLS

Utusan Sarawak 6 months ago

Messi dinobatkan Pemain Paling Bernilai MLS.

MIAMI: Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Major League Soccer (MLS), hari ini selepas memimpin Inter Miami dalam musim yang mencatatkan rekod.

Bintang Argentina itu menerima anugerah berkenaan hasil sumbangannya yang membawa Miami mencatat jumlah mata musim tertinggi, sekali gus merangkul trofi Supporters’ Shield pertama dalam sejarah kelab itu.

Messi, 37, menamatkan musim dengan 36 sumbangan gol – paling banyak dalam liga – menerusi 20 jaringan dan 16 umpanan.

Messi merangkul anugerah MVP biarpun mengalami musim yang penuh dengan kecederaan yang mana dia hanya membuat 19 penampilan sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, musim Miami dan Messi berakhir dengan mengecewakan apabila pasukan itu tersingkir secara mengejut dalam pusingan pertama playoff Piala MLS.

Messi menjadi pemain Amerika Selatan ke-10 yang memenangi anugerah MVP, dan pemain kelima dari Argentina selepas Luciano Acosta, Diego Valeri, Guillermo Barros Schelotto, dan Christian Gomez. – AFP

Continue Reading

Previous: Sentuhan ajaib Salah diperlukan Liverpool 
Next: Johor turut anjur Sukan SEA 2027 bersama KL, Sarawak, Pulau Pinang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.