Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mesir mahu pasukan pengadil digantung sepanjang baki Piala Dunia
  • SUKAN

Mesir mahu pasukan pengadil digantung sepanjang baki Piala Dunia

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA jurulatih Mesir, Hossam Hassan dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Francois Letexier, ketika perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 menentang Argentina di Stadium Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada pagi tadi. Foto REUTERS

ATLANTA: Persatuan Bola Sepak Mesir menuntut keadilan selepas meluahkan rasa marah terhadap mutu pengadilan dalam kekalahan dramatik 3-2 kepada Argentina pada perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan 2-0 selepas minit ke-79 untuk mencatat kemenangan, namun Mesir berpendapat mereka sepatutnya mendahului 3-0 selepas satu semakan video membatalkan jaringan Zico atas alasan berlaku kekasaran kecil.

The Pharaohs turut mendakwa mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti sejurus sebelum Enzo Fernandez menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Mesir Hany Abo Rida berkata kepada pemberita di hotel penginapan pasukan yang beliau mengemukakan aduan kepada FIFA terhadap pengadil dari Perancis Francois Letexier, serta pembantunya. Beliau menggesa agar pasukan pengadil itu tidak lagi ditugaskan bagi baki kejohanan.

Mesir turut menuntut siasatan dijalankan terhadap pegawai perlawanan berkenaan.

Jurulatih Mesir Hossam Hassan sebelum ini membuat tuduhan serius sejurus tamat perlawanan.

“Kami dilayan secara tidak adil dan ini merupakan satu ketidakadilan. Mungkin mereka mahu memastikan juara dunia itu terus kekal dalam kejohanan. Mungkin mereka mahu Lionel Messi terus bersaing,” katanya.

Hassan turut mengumumkan beliau akan memboikot baki Piala Dunia sebaik kembali ke Kaherah.

“Saya berjanji kepada anda: sebaik sahaja saya pulang, saya tidak akan lagi mengikuti sebarang perlawanan dalam Piala Dunia ini,” katanya. “Itulah perjuangan dalaman saya, bantahan peribadi saya dan cara saya menyuarakan bantahan serta menentang apa yang berlaku.”

Bekas pengadil Bundesliga Patrick Ittrich turut bersetuju bahawa Mesir sepatutnya diberikan sepakan penalti ketika kedudukan terikat 2-2 apabila Mohamed Salah dijatuhkan oleh Alexis Mac Allister.

“Bagi saya dan saya cukup yakin mengenai perkara ini, ia sememangnya satu penalti. Dia tidak melakukan apa-apa selain menarik jersi pemain lawan. Tindakan itu jelas bertujuan menghalang pemain itu daripada berpeluang mendapatkan semula bola,” katanya kepada MagentaTV. Namun, Pengadil Bantuan Video (VAR) tidak mencadangkan semakan kepada pengadil. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SWFC JR juara Bola Sepak Wanita Terbuka Irau Aco Lun Bawang 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.