Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesir lapor 347 kes baharu
  • GLOBAL

Mesir lapor 347 kes baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
JUMLAH kes Covid-19 di Mesir meningkat kepada 10,093 selepas 347 lagi jangkitan baharu direkodkan pada Selasa. • Foto Bernama

KAHERAH: Jumlah kes Covid-19 di Mesir meningkat kepada 10,093 selepas 347 lagi jangkitan baharu direkodkan pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, 11 pesakit meninggal dunia meningkatkan jumlah korban kepada 544 orang, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Khaled Megahed menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, seramai 154 pesakit lagi dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan 2,326 orang.

Terdahulu sempena Hari Jururawat Antarabangsa, yang disambut pada 12 Mei setiap tahun, Megahed menzahirkan penghargaannya atas usaha dan pengorbanan jururawat yang menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat Mesir di tengah-tengah perjuangan melawan wabak Covid-19.

Presiden Mesir Abel-Fattah al-Sisi turut merakamkan penghargaannya dan menyifatkan “pengorbanan mereka tidak ternilai terutama ketika negara menghadapi saat mencabar ini.”

Sejak seminggu lalu, kerajaan Mesir mula melonggarkan sekatan serta membuka semula perkhidmatan dan pejabat.

Mesir melaksanakan perintah berkurung waktu malam selama sembilan jam di seluruh negara dan peraturan itu masih dikuat kuasa sepanjang Ramadan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes positif global kini 4.34 juta
Next: Ribuan sekolah kembali dibuka di Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.