Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Menteri Kewangan Kanada letak jawatan
  • GLOBAL

Menteri Kewangan Kanada letak jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago
BILL Morneau ketika sidang akhbar mengumumkan mengenai peletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kanada.• Foto AFP

OTTAWA: Menteri kewangan Kanada, Bill Morneau, mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, berikutan skandal etika di samping kemelutnya dengan Perdana Menteri, Justin Trudeau berhubung pengurusan perbelanjaan pandemik Covid-19.

“Ketika kita melangkah ke fasa berikutnya perjuangan melawan pandemik dan jalan ke arah pemulihan ekonomi, kita mesti sedar bahawa proses ini akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Ini adalah masa yang tepat bagi menteri kewangan baharu untuk melaksanakan perancangan jangka masa panjang dan berhadapan cabaran di hadapan.

“Sebab itulah saya akan meletak jawatan sebagai menteri kewangan dan sebagai anggota Parlimen,” katanya Morneau pada sidang akhbar.

Morneau, yang memegang jawatan itu sejak 2015, berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan tidak mencalonkan diri dalam pilihan raya akan datang kepada Trudeau selain mengatakan menteri kewangan baharu diperlukan.

Beliau berkata, perancangannya kini adalah menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Sejak minggu lalu, media Kanada melaporkan wujud keretakan hubungan antara Morneau dan Trudeau dalam usaha kerajaan memulihkan semula ekonomi negaranya yang terjejas dengan Covid-19, berikutan belanjawan negara mengalami defisit lebih daripada AS$257 bilion (RM1,076 bilion).

Pesuruhjaya etika Kanada juga melancarkan siasatan mengenai hubungan menteri dengan badan amal Ottawa bagi mengagihkan bantuan pandemik kepada golongan belia rakyat negara itu.

Trudeau turut disiasat atas hubungan keluarganya dengan WE Charity, yang mana membayar isteri, abang dan ibunya hampir AS$300,000 (RM1.26 juta) untuk majlis pertunangan yang berlangsung beberapa tahun lalu.

Bulan lalu, Perdana Menteri itu memohon maaf di atas perkara itu dengan mengatakannya melakukan kesilapan untuk tidak terbabit dalam perbincangan mengenai pemberian kontrak sekitar AS$500 juta (RM2,093.75 juta) untuk mengagihkan dana biasiswa pelajar kepada WE Charity.

Program itu bagaimanapun sudah dibatalkan namun tetap menjadi kontroversi. – AFP

Continue Reading

Previous: Korban di AS melepasi 170,000
Next: Angka kematian Covid-19 kini 778,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.