Menara telekomunikasi terbakar di Kem Piasau

Facebook
WhatsApp
TERBAKAR …Sebuah menara telekomunikasi di kawasan Kem Piasau di Miri terbakar dalam kejadian pagi tadi. Foto BBP Lutong.


MIRI:
Sebuah menara telekomunikasi di kawasan Kem Piasau di sini terbakar kira-kira 30 peratus dalam kejadian pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.50 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan menara telekomunikasi dan bukannya litar pintas pada tiang elektrik seperti maklumat awal diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba.


Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis