Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Menara jam Big Ben London muncul semula
  • GLOBAL

Menara jam Big Ben London muncul semula

Utusan Sarawak 5 years ago
MENARA Big Ben merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO. • Foto AFP

LONDON: Menara jam dunia Big Ben London akan diperlihatkan semula kepada orang ramai selepas hampir tiga tahun menjalani kerja-kerja baik pulih, umum pihak berkuasa di Parlimen pada Ahad.

Jam yang dipasang di Menara Elizabeth itu menjalani proses baik pulih yang menelan kos jutaan dolar dan fasa kritikal untuk kerja-kerja pemuliharaan hampir selesai, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh enam minggu akan datang, perancah akan diturunkan secara berperingkat.

Speaker Parlimen Lindsay Hoyle berkata “Seperti orang lain, saya juga tidak sabar untuk melihat menara jam itu dibuka semula.”

Kerja-kerja baik pulih membabitkan kawasan luar dan dalam menara dengan sekumpulan pakar menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memastikan perincian hiasan sesuai dengan reka bentuk asal yang dihasilkan pada 1859. Menara Big Ben merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO.-Bernama

Continue Reading

Previous: Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diadakan 21–22 November
Next: Covid-19: Angka korban sejuta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.