Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif

Facebook
WhatsApp

ANKARA: Menara ikonik Paris, Menara Eiffel dikosongkan pada Selasa ekoran ancaman keselamatan akibat kecemasan elektrik, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut stesen penyiar BFMTV yang memetik sumber syarikat pengendali menara SETE, satu daripada rel kuasa dalam lif menara itu mengalami litar pintas.

Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, mencetuskan penggera kebakaran pada 10.50 pagi (0950GMT).

SETE mengosongkan bangunan “selaras dengan prosedur keselamatan” dan tiada pelawat berada dalam bahaya.

Anggota bomba dan unit penyelenggaraan teknikal menara meneliti punca litar pintas. 

Operasi dijangka disambung secara berperingkat dengan akses ke tingkat dua dibuka semula kemudian, tambah stesen penyiar itu.– BERNAMA-AA

Ancaman bom ganggu penerbangan di Eropah

LONDON, 4 November: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom, menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara