Membina Keluarga Sakinah Berteraskan Iman dan Takwa

Facebook
WhatsApp
PENGURUSAN tanaman padi diperkasa menerusi teknologi sistem pengairan berkuasa solar yang boleh dikawal dari jarak jauh serta jentera penanam dan penuai padi pandu sendiri yang mula diperkenalkan kepada pesawah. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengetengahkan dua teknologi pertanian pintar itu buat julung kali pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Laman Padi, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang semalam. Foto BERNAMA

DI zaman moden yang penuh dengan cabaran dan kehilangan nilai moral, institusi keluarga sering menjadi mangsa kepada  gelombang perubahan yang tidak menentu.

Kemajuan teknologi, ledakan maklumat, tekanan ekonomi dan kelalaian terhadap agama kadangkala menjadi keluarga yang sepatutnya menjadi tempat berlindung kadangkala menjadi tempat yang paling goyah. 

Namun begitu, dalam Islam, konsep keluarga sakinah hadir sebagai penyelesaian yang menyeluruh. Keluarga sakinah bukan sekadar membawa kebahagiaan di dunia, malah menjadi asas kepada kesejahteraan hidup di akhirat.

Sakinah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Rum, ayat 21: “Dan antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu pasangan hidup daripada jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu kasih sayang dan rahmat.”

Ayat ini menggambarkan bahawa ketenangan lahir daripada hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah).

Keluarga bukan sekadar perkongsian hidup, tetapi satu  ikatan rohani yang disatukan oleh Allah SWT dengan tujuan yang tinggi, yakni menuju keredaan dan syurga-Nya.

Justeru, untuk mencapai ketenangan tersebut, Islam menetapkan peranan yang jelas kepada suami dan isteri. Suami bukan sekadar bertanggungjawab mencari nafkah, tetapi juga sebagai pemimpin keluarga yang membimbing isteri dan anak-anak menuju kebenaran.

Allah SWT menegaskan dalam Surah al-Nisa’, ayat 34, bahawa lelaki merupakan pemimpin bagi wanita kerana mereka diberikan kelebihan serta tanggungjawab untuk menafkahi keluarga.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.”

Peranan tersebut bukan soal kekuasaan, tetapi tanggungjawab untuk memimpin dengan kasih sayang, menegur dengan hikmah dan melindungi dengan iman.

Isteri pula merupakan sumber ketenangan dalam rumah tangga. Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”

Isteri yang menjaga solat dan akhlak serta mendidik anak-anak dengan nilai Islam merupakan harta yang tidak ternilai dalam kehidupan seorang lelaki. Kelembutan dan kesabaran seorang wanita mampu menjadi pelita dalam kegelapan serta penyembuh luka dalam keluarga.

Menyemai Semula Nilai Sakinah dalam Keluarga

Keluarga sakinah bukan sesuatu yang mustahil untuk dibina, asalkan diasaskan atas keimanan dan dipandu oleh wahyu. Langkah pertama ialah kembali menjadikan al-Quran dan sunah sebagai panduan hidup.

Bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Tahrim, Ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka.”

Ayat ini menjadi peringatan bahawa tanggungjawab mendidik dan membimbing keluarga bukan suatu pilihan, sebaliknya kewajipan yang akan dipersoalkan kelak.

Salah satu cara membina ikatan sakinah adalah dengan melazimi ibadah bersama-sama di rumah seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, berdoa kepada Allah SWT dan berbicara mengenai agama.

Ibadah bukan sekadar hubungan individu dengan Allah SWT, tetapi juga menjadi kaedah untuk mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga.

Rasulullah SAW bersabda: “Semoga Allah SWT merahmati seseorang yang bangun pada waktu malam dan mengerjakan solat, lalu membangunkan isterinya juga.”

Rumah yang dihiasi dengan ibadah merupakan rumah yang dinaungi malaikat dan dijauhi syaitan. Doa juga merupakan antara amalan penting dalam membina keluarga sakinah.

Allah SWT mengajarkan satu doa yang indah dalam Surah al-Furqan, ayat 74: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan sebagai penyejuk hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Doa bukan sekadar permintaan kepada Allah SWT, tetapi juga mencerminkan visi kehidupan seorang Muslim yang mengimpikan sebuah keluarga yang menjadi cahaya dan teladan, bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.





Saad bin Abi Waqqas Mendampingi Rasulullah SAW

SAAD bin Abi Waqqas sentiasa mendampingi Rasulullah SAW ketika zaman dakwah di Mekah. Beliau tidak sanggup meninggalkan Rasulullah SAW walaupun seketika.

Ketika Rasulullah SAW menyarankan kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah, Saad bin Abi Waqqas tidak turut serta berhijrah ke Habsyah. Sebaliknya, beliau tetap berada di samping Rasulullah SAW.

Beliau juga sering menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan membantu Baginda dalam menyampaikan dakwah kepada orang-orang kafir.

Pada peringkat awal dakwah Rasulullah SAW, kebanyakan pengikut Baginda terdiri daripada golongan yang lemah seperti orang miskin, hamba dan pemuda yang dianggap masih mentah.

Pada ketika itu, Saad bin Abi Waqqas merupakan seorang pemuda yang dianggap masih mentah oleh orang Quraisy.

Oleh itu, pembesar-pembesar Quraisy berasakan bahawa mereka akan dihina sekiranya menerima dakwah Rasulullah SAW.

Menurut riwayat Muslim, al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ibn Hibban, Saad bin Abi Waqqas berkata: “Suatu ketika, kami seramai enam orang berada bersama Rasulullah SAW.

“Kemudian datang orang-orang musyrik lalu mereka berkata, ‘Usirlah mereka (enam orang yang bersama dengan Rasulullah SAW tersebut) kerana kami malu menjadi pengikutmu disebabkan setaraf dengan mereka.’

“Saad bin Abi Waqqas berkata, ‘Pada ketika itu, yang bersama dengan Rasulullah SAW ialah aku, Abdullah bin Mas’ud, Bilal bin Rabah, seorang lelaki daripada Bani Huzail dan dua orang lagi.”

Rasulullah SAW berasa tidak senang dengan permintaan orang-orang kafir Quraisy itu. Lalu Allah SWT menurunkan firman-Nya: “Dan janganlah engkau mengusir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, sedang mereka mengharapkan keredaan-Nya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab terhadap sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka dan mereka juga tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau mengusir mereka, nescaya engkau akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim.” (Surah al-An’am: 52)

Saad bin Abi Waqqas telah mendapat pendidikan secara langsung daripada Rasulullah SAW. Banyak ilmu dan pengajaran baharu yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepadanya.

Rasulullah SAW turut membimbing Saad bin Abi Waqqas agar tidak melakukan kesalahan, khususnya yang berkaitan dengan akidah Islam. Pendidikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Saad bin Abi Waqqas bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya, malah turut memberi manfaat kepada umat Islam.

Oleh Hanzalah Azman

Menjiwai kemerdekaan dengan akhlak Nabawi

KEMERDEKAAN merupakan suatu nikmat yang sewajarnya disyukuri oleh setiap rakyat. Setelah melalui pelbagai bentuk perjuangan dan pengorbanan, kemerdekaan merupakan nikmat