Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Memandu ketika mabuk didenda RM3,000
  • TEMPATAN

Memandu ketika mabuk didenda RM3,000

Utusan Sarawak 5 years ago
BAYAR… Tertuduh ketika membayar denda.

KUCHING: Seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk didenda RM3,000 atau satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret kelmarin.

Tertuduh, Braden membayar denda tersebut.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu memberi amaran kepada pengguna jalanraya supaya tidak memandu secara mabuk kerana pihak polis akan lebih kerap membuat pemeriksaan untuk mengelak kemalangan jalan raya akibat pemanduan mabuk.

Alexson berkata pada 1 April dua tahun yang lalu, tertuduh memandu di sepanjang Jalan Tabuan pada jam 1.06 pagi apabila dia disuruh berhenti dan diperiksa polis semasa Ops Mabuk. Tertuduh didapati mabuk dengan kandungan alcohol yang tinggi setelah diperiksa.

Tertuduh kemudian menjalani satu lagi pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di mana keputusan menunjukkan bahawa kandungan alcohol di dalam badan tertuduh adalah 99 mg / 100ml, melebihi had yang dibenarkan iaitu 80 mg in 100ml.

Braden didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Kes didengar oleh Majistret Zaiton binte Anuar.

Continue Reading

Previous: Banjir: Tiga sekolah terjejas
Next: Peka dengan keadaan semasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.